Hii Melawat Tambi Yang Cacat Penglihatan & Akan Membantu Memohon Bantuan Kebajikan

16.04.2016--Calon langsung Barisan Nasional (BN) Pujut Dato Hii King Chiong hari ini melawat Tambi Jon yang cacat penglihatan bersama dengan pasukan Majulah Miri dan akan membantunya membuat permohonan untuk bantuan kebajikan.

Juga ketua Majulah Miri, Dato Hii King Chiong hari ini melawat Tambi Jon yang berusia 62 tahun di Jalan Terusan 8A, Pujut 5 selepas lawatan pemeriksaan beliau ke kawasan setinggan Pujut 3. Oleh kerana kecacatannya, Tambi tidak dapat bekerja dan terpaksa mengharapkan gaji isteri yang bekerja menyapu sampah.

Hii akan membantu Tambi memohon bantuan kebajikan.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2681","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]