Hii King Chiong : Tiada Motif Politik Di Sebalik Lawatan Ke Senadin Kerana “Di Mana Sahaja Bantuan Diperlukan, Saya Akan Tampil Ke Depan”

18.02.2016--Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau Dato Hii King Chiong menekankan “perkhidmatan tanpa sempadan” dan sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan membantu menyelesaikan masalah rakyat setinggi-tinggi keupayaannya.

Juga pengasas Majulah Miri, Hii berkata demikian kepada pemberita ketika melakukan lawatan ke tapak tanah bagi pembinaan surau Abu Bakar Asaddiq yang baru di Desa Senadin pada hari ini. Beliau menekankan bahawa beliau akan sentiasa mendahulukan rakyat dan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah-masalah rakyat sama ada melalui Majulah Miri atau UPP.

“Lawatan ke Senadin tiada kaitan dengan politik. Saya hanyalah menerima permintaan daripada rakan-rakan Islam tempatan untuk membantu dalam pembinaan surau baru supaya mereka dapat menikmati rumah ibadat yang lebih baik.”

Beliau berkata falsafah perkhidmatannya sangatlah ringkas iaitu di mana sahaja bantuan diperlukan, beliau akan tampil ke depan.

Beliau menjelaskan bahawa walaupun perkhidmatan kepada rakyat ialah tanggungjawab wakil rakyat, malangnya masih terdapat banyak isu kehidupan rakyat yang tidak diselesaikan. Jika wakil rakyat telah mendengar suara rakyat dengan teliti dan menjalankan tugas mereka dengan baik, Majulah Miri tidak perlu wujud langsung.

“Apabila saya bertemu dengan imam-imam, saya amat kecewa mengapa permintaan untuk membina sebuah surau baru tidak terjawab selama bertahun-tahun. Wakil rakyat dapat menyelesaikan masalah ini jika usaha dibuat tetapi akhirnya tanggungjawab kini terletak di bahu saya.”

Menerusi usaha Hii, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah meluluskan permohonan tapak untuk tujuan pembinaan sebuah surau baru.

Beliau berkata seseorang itu mestilah ikhlas dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat. Cakap kosong hanya akan menyebabkan kemarahan dan kehilangan keyakinan orang ramai.

“Saya bukanlah seorang wali dan saya mempunyai keterbatasan juga. Namun apa yang saya dapat lakukan, saya percaya ianya tidak sepatutnya sukar sangat bagi wakil rakyat atau menteri yang berkedudukan dan berkuasa tinggi.”

Walaupun seorang Kristian, Hii sentiasa membantu agama-agama yang lain kerana beliau menganggap semua agama sebagai yang sama pada terasnya dengan ajaran-ajaran yang murni.

Beliau berharap semua pihak boleh mengetepikan permusuhan mereka dan mendahulukan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan etnik. Belajar untuk melepaskan genggaman tangan dan bersatu untuk kepentingan dan faedah rakyat.”

Pada masa yang sama, Hii meminta kesabaran para penduduk sementara beliau membuat susulan mengenai perkara tersebut untuk memastikan pembinaan surau baru dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2510","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"294","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]