Hii King Chiong : Sesiapa Pun Boleh Mencari Saya Untuk Bantuan Tanpa Mengira Perbezaan Agama

19.02.2016--Pengasas Majulah Miri dan pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau Dato Hii King Chiong berkata walaupun seorang Kristian, beliau tidak akan menolak permintaan bantuan daripada agama-agama lain.

Hii berkata demikian hari ini di majlis ramah mesra yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Islam Miri (Amal).

Beliau menganggap semua agama sebagai yang sama pada terasnya dengan ajaran-ajaran yang murni dan justeru itu harus diberi sokongan dan keprihatinan.

Beliau menegaskan akan sentiasa mendahulukan rakyat dan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah-masalah rakyat sama ada melalui Majulah Miri atau UPP.

“Falsafah perkhidmatan kami sangatlah ringkas. Di mana sahaja bantuan diperlukan, kami akan tampil ke depan.” Sesiapa yang menghadapi masalah boleh mendapatkan bantuan daripada mereka.

Pada majlis ramah mesra tersebut, Hii berjanji akan membantu Amal dalam meletakkan batu kerikil pada jalan baru.

Selain menyediakan perkhidmatan kepada unit-unit majlis agama, kebajikan dan amal, Amal juga merupakan jawatankuasa penduduk Piasau Jaya dan cawangan Miri kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia.

Oleh kerana tiada jalan masuk di hadapan dan belakang premis Wisma Amal, Amal berharap Hii akan membantu meletakkan batu-batu kerikil ke laluan masuk premis bagi memudahkan akses kenderaan.
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2540","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"319","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]