Hii King Chiong Prihatin Terhadap SK Miri, Menderma Peti Sejuk & Dua Mesin Pencetak

14.09.2015--Pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong hari ini menderma sebuah peti sejuk dan dua mesin pencetak kepada SK Miri.

Guru Besar SK Miri Chundi Manan menjelaskan bahawa sekolah telah membuat permintaan kepada pihak berkuasa yang berkenaan tetapi tidak berhasil. Oleh itu, mereka telah meminta bantuan daripada Majulah Miri.

Hii berkata beliau akan mempertimbangkan permintaan sekolah untuk lapan penghawa dingin di bilik guru. Mengenai permintaan sekolah untuk landskap taman, beliau mencadangkan supaya surat permohonan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) diserahkan kepada Majulah Miri dan beliau akan membuat susulan perkara itu dengan teliti.

SK Miri mempunyai kira-kira 500 pelajar termasuk pelajar tadika. Apabila penambahbaikan kemudahan siap kelak, para guru dan pelajar akan dapat menikmati suasana pembelajaran yang lebih baik.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2246","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"319","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]