Hii King Chiong : Penjaja-Penjaja Memainkan Peranan Penting Dalam Kebudayaan & Kemakmuran Tempatan

18.11.2014--Penasihat Kehormat Sepanjang Hayat Persatuan Penjaja Bersatu Sarawak Dato Hii King Chiong berkata bahawa tahap kebudayaan, kemakmuran dan pelancongan tempatan boleh diukur daripada tahap perkhidmatan dan layanan yang diberikan oleh kedai-kedai makan, para peniaga dan penjaja. Oleh itu, perkhidmatan dan sikap para penjaja mempunyai kesan yang besar ke atas pembangunan sebuah masyarakat ikhlas dan mesra.

Hii berkata sedemikian dalam ucapannya di kongres & pilihanraya ahli-ahli Sarawak yang ke-19.

Beliau berharap pemimpin-pemimpin baru yang berjaya dipilih akan mengenal pasti lebih banyak rancangan bagi mempertingkatkan perkhidmatan para peniaga dan penjaja dan menambahbaik kesan-kesan ekonomi untuk manfaat bersama.

“Ahli-ahli persatuan telah memberi perkhidmatan baik selama ini yang turut diperakui dan dihormati oleh orang ramai. Mereka juga memikul tanggungjawab yang berat dan memberi sumbangan yang besar dalam perkembangan sosioekonomi.”

Hii berkata para peniaga dan penjaja terlibat dalam pelbagai industri dan mempunyai impak yang besar ke atas pelbagai isu daripada aliran sosioekonomi kepada pemakanan sihat para pengguna dan sebagainya.

Di antara 72 industri, peniaga dan penjaja adalah yang paling asas dan dinamik kerana ia berorientasikan pengguna dan ini juga menyerlahkan kepentingannya kepada masyarakat.

Hii memberi pengiktirafan tinggi kepada semangat dedikasi ahli-ahli terhadap kerjaya mereka. Beliau merayu kepada semua supaya terus mengekalkan reputasi baik dalam keikhlasan, hospitaliti dan keramahan dan menyumbang kepada ekonomi dan para pengguna di Sarawak.

Beliau menekankan bahawa para peniaga dan penjaja yang sama jenis perniagaannya mesti saling membantu di antara satu sama lain dan bersatu untuk memelihara reputasi dan kepentingan industri mereka.
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1600","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"236","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]