Hii King Chiong Merayu Untuk Sokongan : Sila Berilah Saya Lima Tahun Untuk Melakukan Perubahan

02.05.2016--Calon langsung Barisan Nasional (BN) N74 Pujut Dato Hii King Chiong merayu untuk sokongan penuh daripada lebih 26,000 pengundi dan berjanji akan membawa perubahan dan pembangunan kepada Pujut dan Krokop. “Sila berilah saya lima tahun dan saya akan melakukan perubahan!”

Hii berkata sekiranya beliau terpilih menjadi wakil rakyat pada pilihan raya negeri ini, beliau akan melakukan yang terbaik untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat supaya mereka boleh menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik. Beliau berkata demikian dalam ucapannya hari ini di majlis ramah mesra bersama rakyat anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Pujut.

Katanya, beliau bersyukur kerana dipilih sebagai calon langsung BN Pujut dan menjadi ahli “Pasukan Adenan”. Beliau berikrar akan terus berjuang untuk hak dan kepentingan rakyat.

Beliau menambah, pusat khidmatnya memberi bantuan dan berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum, agama dan kawasan. Beliau menekankan bahawa rakyat mahukan kestabilan dan kemakmuran.

Lima tahun yang lalu, beliau menubuhkan Pusat Khidmat Hii King Chiong di tiga kawasan berlainan. Hii berkata pusat khidmatnya akan terus membantu menyelesaikan masalah rakyat. Beliau juga berjanji untuk membawa lebih banyak pembangunan kepada konstituensi Pujut, meningkatkan infrastruktur asas dan mengukuhkan kawalan keselamatan di kawasan itu.

Hii berikrar untuk bekerja keras dan menyeru kepada pengundi untuk menjadi saksi kepada usahanya. Beliau juga menggesa orang ramai untuk mendapatkan bantuan daripadanya jika menghadapi kesusahan. Beliau menekankan bahawa setiap undi sangatlah penting dan berharap pengundi akan mengundi beliau, mengundi “Pasukan Adenan”.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2849","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"321","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]