Hii King Chiong Menyumbang Derma Kepada Ashraf Ikhwan Untuk Pembedahan Implan Tulang Belakang

19.02.2016--Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau dan pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong merayu kepada masyarakat supaya menyumbang derma kepada Ashraf Ikhwan untuk pembedahan implan tulang belakangnya.

Hii berkata demikian kepada media pada hari ini selepas menyampaikan sumbangan derma sebanyak RM12,500 kepada Ashraf untuk menjalani operasi pertama daripada enam operasi implan tulang belakangnya.

Murid Darjah 4 SK Sayed Othman Ashraf Ikhwan menghidapi skoliosis sejak dua tahun lalu. Keadaannya semakin teruk dan terpaksa bergantung kepada kerusi roda dalam menjalani kehidupan hariannya. Pemeriksaan perubatan mengesahkan Ashraf mengalami kelengkungan tulang belakang yang serius dan perlu menjalani enam pembedahan implan tulang belakang yang melibatkan kos pembedahan yang mahal.

Sebelum ini, seorang guru sekolah telah meminta Hii supaya membantu Ashraf dan Hii segera berjanji akan memberi bantuan. Hii hari ini menunaikan janjinya dengan menyampaikan sumbangan derma kepada ayah murid.

Jabatan Kesihatan menghantar surat pada 30 September tahun lalu dan telah bersetuju memperuntukkan RM12,500 sebagai bantuan perubatan untuk rawatan Ashraf. Bantuan kewangan ini masih belum diterima dan sumbangan derma Hii akan digunakan untuk operasi pertama Ashraf. Sesiapa yang ingin menderma boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada sekolah.

Ayah Ashraf, Iswandy Japar berterima kasih kepada Hii dan pihak sekolah atas bantuan mereka. Beliau berkata Ashraf akan pergi ke Kuching pada 7 April untuk menjalani pembedahannya.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2536","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"319","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]