Hii King Chiong Menyeru Para Peniaga Wireless Walk Berdamai

03.03.2016--Penasihat Kehormat Sepanjang Hayat Persatuan Penjaja-Penjaja Bersatu Miri Dato Hii King Chiong bertindak sebagai pendamai bagi menyelesaikan masalah di kalangan peniaga di Wireless Walk.

Hii semalam menjemput Datuk Bandar Miri Lawrence Lai dan mengetuai mesyuarat antara para peniaga di Wireless Walk, Jalan Yu Seng Utara bagi menyelesaikan masalah mereka.

Dalam pertemuan itu, Hii menegaskan bahawa para peniaga mesti bersatu dan mengelakkan pertikaian kerana semua orang yang hidup di kawasan yang sama adalah bagaikan satu keluarga besar.

“Kita hidup bersama-sama bagaikan sebuah keluarga. Kita mesti saling kasih-mengasihi tanpa membezakan kaum.”

Peniaga-peniaga mengetahui peluang perniagaan daripada projek Wireless Walk yang dicadangkan dan bergegas bertanding demi hak untuk berniaga yang seterusnya mengakibatkan pertikaian mengenai penempatan gerai.

Hii menasihati semua orang supaya tidak bergaduh mengenai isu-isu kecil demi menjalankan perniagaan. Beliau juga berjanji untuk menyumbang gerai kanopi untuk para peniaga tersebut.

Hii menegaskan bahawa Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum di mana semua kaum patut menjalankan perniagaan bersama-sama bagi mempromosikan warisan budaya yang kaya serta perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum untuk menarik pelancong asing.

Antara yang hadir pada mesyuarat itu ialah Penasihat Kehormat Sepanjang Hayat Persatuan Penjaja-Penjaja Bersatu Miri Dato Hii King Chiong, Datuk Bandar Miri Lawrence Lai, kaunselor Siew Tick Chai, para pemilik gerai dan wakil-wakil peniaga di Wireless Walk serta wakil-wakil daripada empat pertubuhan bukan kerajaan yang berkenaan iaitu Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Miri, Persatuan Peniaga Bumiputera Miri Sarawak (PBMS), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Cawangan Miri dan Badan Amal Tarbiah Aman Sejagat (BATAS).

Mesyuarat itu merupakan dialog rundingan yang ringkas dan persetujuan muktamad akan memerlukan perbincangan dan kajian yang lebih mendalam.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2559","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]