Hii King Chiong Menyeru Kepada Masyarakat Agar Menghargai Pesara

02.08.2015--Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau Dato Hii King Chiong berkata para pesara merupakan pahlawan-pahlawan pembinaan negara dengan pengetahuan dan pengalaman yang luas dan oleh itu tidak harus diabaikan oleh masyarakat.

Hii berkata demikian kepada media pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak (PPKS) Miri di rumah persatuan PPKS di Piasau semalam. Katanya, para pesara telah membuat sumbangan kepada masyarakat dan negara dan beliau kecewa dengan keadaan buruk premis persatuan yang telah diabaikan selama  14 tahun.

Beliau menggesa wakil rakyat dan generasi muda untuk memberi kasih sayang dan bantuan kepada para pesara kerana kita tidak akan berada di sini tanpa kerja keras mereka pada masa lalu.

Beliau berterima kasih kepada PPKS kerana mempercayai dan memberi peluang kepada Majulah Miri dan UPP untuk membaiki rumah persatuan dan berkhidmat kepada rakyat.

Hii menegaskan bahawa Majulah Miri akan sentiasa melakukan yang terbaik dalam usaha berkhidmat kepada golongan yang memerlukannya tanpa mengira lokasi.

Majulah Miri sentiasa melakukan kerja-kerja sosial dan membantu mereka yang memerlukannya. Menerusi bantuan Majulah Miri, PPKS Cawangan Miri dapat menganjurkan rumah terbuka Raya pada tahun ini.

Hii berasa lega kerana rumah persatuan itu telah dibaiki dan kini sedia digunakan, di mana Majulah Miri memperoleh kepuasan yang tinggi. Beliau berharap wakil rakyat akan mengambil berat kumpulan sosial yang memerlukan bantuan pada setiap masa dan bukannya muncul hanya selepas masalah telah diselesaikan.

Majulah Miri telah menyumbang RM20,000 sebagai bantuan kewangan untuk membantu menambah baik kemudahan asas, menukar siling dan membaiki bumbung rumah persatuan pada Mei yang lepas.

Atas permintaan PPKS, Hii juga berjanji menyumbang pendingin hawa dan perabot pejabat. Pengerusi cawangan PPKS Dennin Fredericks berharap masyarakat akan memberi sokongan seperti menyumbang set karaoke dan kemudahan lain untuk kegunaan semasa majlis dan aktiviti riadah ahli.

Dennin berkata bahawa persatuan itu dianggotai kira-kira 400 ahli dari Miri, Bekenu, Niah dan Marudi dan persatuan menyasarkan untuk merekrut sejumlah 1,000 ahli pada masa akan datang.
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2137","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"359","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]