Hii King Chiong Menyambut Pakar Pendidikan Dari Kazakhstan Dalam Lawatan Ke RIT

16.11.2015--Tiga pakar pendidikan Kazakhstan Selatan Wilayah Rusia disambut mesra oleh pengerusi kehormat Institut Teknologi Riam atau Riam Institute of Technology (RIT) dan Sekolah Menengah Riam Road atau Riam Road Secondary School (RRSS) Dato Hii King Chiong dalam lawatan ke RIT dan RRSS hari ini.

Rombongan tersebut terdiri daripada Setiausaha Agung Kementerian Pelajaran Kazakhstan Selatan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif King Investments, Chingis Akhanov, Ketua Jabatan Pelajaran Kazakhstan Selatan Wilayah Rusia, Rakhiya Ass, dan pakar pegawai kanan Ilyas Babayev.

Kerajaan Kazakhstan berhasrat untuk menubuhkan sebuah institut teknologi dan oleh itu telah mengadakan lawatan melalui bantuan Hii untuk mengetahui lebih lanjut mengenai operasi serta sains dan teknologi RIT.

Tiga wakil tersebut hari ini melawat Pusat Latihan Automotif, Pusat Pengajian Seni Kulinari, Pusat Pengajian Seni Pastri RIT dan juga RRSS. Mereka amat kagum dengan pengurusan dan suasana pendidikan di RIT dan RRSS.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2400","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]