Hii King Chiong Menjanjikan Pembinaan Parit Bagi Mengatasi Masalah Banjir Di Jalan Krokop 4

07.01.2016--Dato Hii King Chiong menjanjikan pembinaan parit konkrit dalam usaha membantu menyelesaikan masalah banjir di Jalan Krokop 4.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau dan pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong dan lain-lain lagi hari ini memeriksa perparitan di Jalan Krokop 4, kawasan hadapan SJK Chung Hua Lutong dan Kampung Lereng Bukit.

Berkaitan sistem perparitan di kawasan Krokop, Hii berterima kasih kepada majlis bandaraya di atas kerja menaik taraf parit-parit di kawasan tersebut dan seterusnya menyelesaikan masalah banjir.

Berikutan aduan daripada penduduk tempatan mengenai masalah banjir di beberapa kawasan lain di Krokop, Hii hari ini sendiri membuat lawatan pemeriksaan ke kawasan-kawasan tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa Jalan Krokop 4 bergantung kepada parit-parit tanah untuk mengawal aliran air selama beberapa dekad tetapi parit-parit tersebut tidak mampu menampung air yang banyak semasa hujan lebat. Masalah banjir hanya boleh diselesaikan melalui kerja menaik taraf perparitan kepada parit konkrit.

Projek menaik taraf sistem perparitan diperlukan di antara persimpangan Jalan Krokop 4 dan Jalan Jee Foh serta beberapa lorong kecil. Bagi parit-parit kecil yang perlu diperluas, kerja menaik taraf di antara Jalan Krokop dan Jalan Jee Foh bermula pada bulan Oktober tahun lepas dan kini telah selesai.

Jurutera bahagian Miri-Bintulu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Law Wee berkata kerja-kerja menaik taraf akan bermula dengan segera apabila jabatan tersebut menerima peruntukan pembinaan.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2431","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]