Hii King Chiong Menghubungi MBM Untuk Menyelesaikan Masalah Lutong Waterfront

21.03.2016--Majulah Miri, Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah-masalah Lutong Waterfront yang terletak di belakang kedai-kedai komersial Lutong, di antaranya memenuhi permintaan untuk menambah tong sampah, membersihkan parit dan memangkas pokok.

Para peniaga kedai-kedal komersial membuat permintaan untuk menempatkan lebih banyak tong sampah besar di Lutong Waterfront. Terdapat hanya satu tong sampah di situ walaupun terdapat banyak kedai berhampiran. Terdapat juga permintaan untuk membersihkan parit tersumbat, memangkas pokok-pokok dan memasang lampu jalan di kawasan itu.

Di samping itu, para peniaga tempatan juga membuat aduan mengenai para peminum di gerai-gerai yang menyanyi bising ke awal pagi lalu menjejaskan para penduduk berdekatan.

Hii segera menghubungi MBM untuk mendapatkan bantuan memasang lampu jalan dan menambah bilangan tong sampah besar. Hii juga akan membantu menyelesaikan masalah parit tersumbat.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2605","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"319","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]