Hii King Chiong Menggesa Penduduk Agar Menghargai Jalan Masuk Ke Curtin Selepas Kerja Pembersihan

02.09.2015--Pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong menegaskan bahawa sungguhpun masalah sampah dan longkang berhampiran Curtin University Sarawak telah diselesaikan, orang ramai tetap boleh mencari Majulah Miri jika perkhidmatan mereka diperlukan dan Hii berikrar akan melakukan yang terbaik untuk memberi bantuan.

Majulah Miri bergegas membantu menyelesaikan masalah sampah bertaburan di sepanjang jalan masuk kedua ke Curtin University Kampus Sarawak dan memulihkan keadaan asal jalan baru itu dalam tempoh seminggu.

Majulah Miri sebelum ini telah menggerakkan mesin pengorek bagi pembinaan longkang di tepi jalan untuk memudahkan pengaliran air ke parit besar.

Hii dan pasukan khidmatnya hari ini mengadakan pemeriksaan ke lokasi tersebut dan semua orang berpuas hati dengan kerja pembersihan. Turut hadir ialah kaunselor Bruce Chai, kaunselor Keith Chin, Lawrence Kong dan Ketua Pegawai Operasi Curtin University Sarawak Kingsley F. Charles.

Hii berkata mereka membuat lawatan tersebut terutamanya untuk memeriksa perkembangan kerja pembersihan dan beliau amat gembira melihat sampah sarap telah dibersihkan dan longkang telah dibina dengan sempurna.

Beliau berharap penduduk akan menghargai dan menggunakan jalan yang baru dibersihkan dengan betul dan mengelakkan daripada membuang sampah di jalan raya.

Beliau juga menasihatkan agar sampah sarap tidak dibuang di tepi jalan kerana penjagaan alam sekitar adalah tanggungjawab semua. Sampah sarap bukan sahaja mencemarkan alam sekitar tetapi bau busuknya juga mengganggu hidup para penduduk dan pelajar Curtin berdekatan.

Majulah Miri menerima aduan berkali-kali daripada penduduk dan wakil Curtin. Pasukan khidmat kembali ke lokasi tersebut untuk memahami keadaan sebenar pada 17 Ogos dan seterusnya membuat keputusan untuk membantu menyelesaikan masalah itu dengan segera.

Bagi menyelesaikan masalah tangkungan air di dalam kawasan kampus Curtin, Majulah Miri menggerakkan mesin pengorek bagi pembinaan longkang di tepi jalan untuk memudahkan pengaliran air secara lancar dari kawasan kampus ke parit besar.

Kerja pembersihan hanya mengambil masa seminggu tetapi berjaya menyelesaikan masalah ‘jalan sampah’ lebih setahun lamanya. Longgokan besar sampah sarap di sepanjang kira-kira setengah kilometer jalan mengeluarkan bau yang hanyir dan meloyakan. Terdapat juga serpihan kaca dan paku yang mengancam keselamatan pengguna jalan raya.
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2209","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]