Hii King Chiong Memeriksa Kerja Meletakkan Batu Kerikil Di Kawasan Hadapan SJK Chung Hua Lutong

18.02.2016--Pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong hari ini memeriksa kerja meletakkan batu-batu kerikil di hadapan SJK Chung Hua Lutong bersama dengan ahli-ahli pasukannya.

Juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau, Hii sebelum ini telah membuat pemeriksaan di kawasan hadapan SJK Chung Hua Lutong dan mendapati bahawa jalan di hadapan sekolah terlalu sempit untuk para ibu bapa memarkir kereta. Beliau berjanji untuk meletakkan batu-batu kerikil di atas rumput di tepi jalan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Pengasas Majulah Miri dan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau Dato Hii King Chiong (tengah), kaunselor Bruce Chai (empat kiri), kaunselor Keith Chin (lima kiri) dan lain-lain selepas pemeriksaan ke atas kerja meletakkan batu kerikil.
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2516","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"319","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]