Hii King Chiong Memenuhi Janji Menambah Kemudahan Di Hospital

26.11.2015--Dato Hii King Chiong memenuhi janjinya menambah kemudahan di Hospital Miri dengan menyumbang 100 biji bantal, 2 unit pendingin hawa dan 2 buah televisyen. Katanya, memberi bantuan kepada hospital adalah satu tanggungjawab sosial.

Penyelaras Parti Rakyat Bersatu (UPP) Kawasan Utara Sarawak Dato Hii King Chiong dan ahli-ahli parti hari ini menyerahkan sumbangan kepada Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong dan turut berjanji menyumbang 2 unit mesin air minuman ditapis dan 10  biji kerusi malas untuk ahli-ahli keluarga yang bermalam sambil menemani pesakit.

Semasa lawatannya, Hii berkata selain Miri, pesakit luar berjumlah sebanyak 40% daripada pesakit di Hospital Miri dan masalah kekurangan kemudahan perlu ditangani.

Hii telah dimaklumkan mengenai kekurangan kemudahan di Hospital Miri dan seterusnya mengunjungi Dr Jack Wong untuk lebih memahami keadaan di situ.

Hospital Miri sememangnya menghadapi kekurangan kemudahan dan banyak kelengkapan sudah lama tidak diganti. Dalam hal ini, Hii terus menghulurkan bantuan dan hari ini menyerahkan bantuan RM20,000 berbentuk pendingin hawa, televisyen dan bantal kepada pihak hospital.

Dr Jack Wong amat berterima kasih kepada Hii atas sumbangan beliau dalam menambah baik kemudahan di hospital.

Berkaitan tempat parkir kereta yang tidak mencukupi di Hospital Miri, Hii akan mencadangkan kepada kerajaan negeri pembinaan parkir kereta serba guna berhampiran hospital.

Dr Jack Wong berkata 450 ruang parkir yang telah diwartakan dan 160 ruang parkir sementara yang baru masih tidak mencukupi. Banyak kereta masih diparkir di pinggir jalan raya di luar kawasan hospital dan sebilangannya menyebabkan gangguan lalu lintas.

Beliau merujuk masalah tersebut kepada Hii dan berharap beliau akan membantu menyelesaikan masalah kekurangan tempat letak kereta.

Hii memberitahu media bahawa satu penyelesaian jangka panjang ialah melalui pembinaan parkir kereta serba guna berhampiran hospital.

Beliau juga akan mencadangkan kepada kerajaan negeri pembinaan kedai-kedai komersial di luar parkir kereta serba guna untuk kemudahan riadah dan membeli-belah para pesakit dan pelawat.

Banyak kereta diparkir di tepi jalan di dalam kawasan hospital dan juga di pinggir jalan raya di luar kawasan hospital. Hii berharap kerajaan negeri akan berusaha menambah tempat parkir bagi meringankan masalah kekurangan tempat letak kereta di Hospital Miri.
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2408","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"318","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]