Hii King Chiong Membuat Pemeriksaan Projek Pembinaan Jalan Di Wisma Amal

26.03.2016--Pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong hari ini membuat pemeriksaan projek pembinaan jalan yang telah siap di premis Badan Kebajikan Islam Miri (Amal).

Hii sebelum ini berjanji membantu Amal dalam meletakkan batu kerikil pada jalan semasa lawatannya pada 19 Februari.

Selain menyediakan perkhidmatan kepada unit-unit majlis agama, kebajikan dan amal, Amal juga merupakan jawatankuasa penduduk Piasau Jaya dan cawangan Miri kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia.

Oleh kerana tiada jalan masuk di hadapan dan belakang premis Wisma Amal, Penasihat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Cawangan Miri, Temenggong Abdul Rahman Fadzil, telah meminta bantuan daripada Hii untuk menurap jalan dengan tar ke laluan masuk premis bagi memudahkan akses kenderaan.

Hii berjanji untuk memberi bantuan dan kerja menaik taraf jalan dimulakan dengan segera.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2619","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]