Hii King Chiong Melancar Pusat Operasi Pilihan Raya BN Pujut

18.04.2016--Calon langsung Barisan Nasional (BN) Pujut Dato Hii King Chiong hari ini secara rasminya telah melancar Pusat Operasi Pilihan Raya BN Pujut untuk melakukan kerja-kerja persediaan bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 yang akan datang.

Timbalan pengarah operasi Bruce Chai berkata pasukan mereka telah memulakan lawatan rumah sejak semalam. Setiap hari dari jam 5 petang hingga jam 7 petang, tujuh pasukan lawatan rumah akan melakukan temu bual di konstituensi Pujut untuk mengumpul maklumat mengenai masalah-masalah rakyat dan pada masa yang sama membantu para pengundi memeriksa konstituensi dan tempat mengundi  mereka.

Beliau berkata ramai orang tidak mengetahui konstituensi mereka dan sebilangan penduduk Krokop tidak menyedari bahawa Krokop juga merupakan sebahagian daripada konstituensi Pujut.

Chai menjelaskan bahawa konstituensi Pujut merangkumi Jalan Krokop 1 hingga 10, Kawasan Perindustrian Piasau, kawasan perumahan Piasau, Taman Boulevard, Desa Seri, Taman Piasau dan Jalan Pujut 1 hingga 9 di Pujut Utara.

Beliau juga menyatakan bahawa konstituensi Pujut mempunyai 26,243 pengundi berdaftar dengan 8,808 pengundi di Krokop dan 17,435 pengundi di Pujut.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2696","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"319","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]