Hii King Chiong : Matlamat Kita Berkhidmat Kepada Rakyat Tanpa Mengira Kaum & Etnik

23.04.2016--Jangan resah jika anda memerlukan bantuan, kami sentiasa sedia membantu, tak kira kaum dan kawasan,” cakap Dato Hii King Chiong dari Majulah Miri.

Beliau turut berkata bahawa beliau akan mencuba sedaya upaya untuk berkhidmat dan memanfaatkan warga Miri semasa ucapan beliau di Mesyuarat PIBG di SK Pujut Corner Miri.

Beliau turut menyeru supaya ibubapa dapat menyokong PIBG dengan sepenuhnya untuk mencapai kejayaan akademik dan melahirkan pelajar yang cemerlang.

Selain itu, pengerusi PIBG SK Pujut Corner Miri memohon untuk derma sebanyak RM100,000 daripada Hii sebagai dana PIBG untuk aktiviti-aktiviti pelajar.

“Sekolah kami ditubuhkan 51 tahun yang lalu dan kami perlu menaikkan taraf kebanyakan kemudahan dan bangunan sekolah yang telah usang.”

Dalam mesyuarat tersebut, pengerusi memuji Cik Suriyati Binti Amit, pengetua sekolah tersebut atas usaha-usaha memperbaiki kemudahan sekolah dan meninggikan nama baik sekolah.

“Para guru dan pelajar berusaha untuk mencapai kejayaan yang menonjolkan dalam aspek akademik dan kemudahan sekolah.”

Beliau turut menyanjung sifat pemurah Hii yang bergiat menolong sekolah, kuil and golongan kurang berupaya. Beliau berharap agar Hii dapat membantu sekolah tersebut dengan murah hati.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2755","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]