Hii King Chiong : Jangan Tunggu Lagi, Lakukan Pemeriksaan Segera!

15.11.2015--Tetamu kehormat merangkap Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau Dato Hii King Chiong berkata, “Wanita Memegang Setengah Daripada Langit” dan menjelaskan bahawa kadar penyertaan tenaga kerja wanita ialah 53.6% pada tahun 2014 berbanding dengan 46.8% pada tahun 2010.

Beliau menggesa wanita supaya menjaga kesihatan mereka pada masa yang sama mereka menguruskan kedua-dua kerjaya dan keluarga. Beliau menasihati orang ramai agar tidak memandang ringan kesihatan diri kerana hidup itu singkat dan berharga.

Hii berkata demikian ketika merasmikan Program Kesedaran Kesihatan Wanita anjuran bersama Seksyen Wanita UPP Miri, Columbia Asia Hospital Miri, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Permaisuri Imperial City Mall.

Beliau menegaskan bahawa pemeriksaan kesihatan yang kerap membantu mengesan masalah di peringkat awal di mana peluang untuk rawatan dan sembuh pulih adalah lebih baik. Beliau menggesa orang ramai supaya tidak mencari alasan dan segera menjalani pemeriksaan.

Hii berterima kasih kepada Columbia Asia Hospital Miri, LPPKN dan Permaisuri Imperial City Mall atas sokongan besar mereka dalam memastikan program tersebut berjalan lancar.

“Kebanyakan wanita yang bekerja juga merupakan ‘superwoman’ berbilang tugas kerana mereka perlu menguruskan peranan dan tanggungjawab tambahan, sebagai seorang ibu, isteri dan penjaga. Wanita memainkan peranan yang amat penting dalam keluarga kerana mereka perlu menguruskan semua kerja besar dan kecil rumah, menjaga suami, mendidik dan menjaga anak-anak dan banyak lagi.”

Beliau turut bergurau bahawa rumah tangga akan menjadi kucar-kacir buat sementara waktu jika ‘superwoman’ dalam keluarga jatuh sakit, gambaran betapa pentingnya wanita dalam keluarga.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2398","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"302","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]