Hii King Chiong Inginkan Lee Kim Shin Memberi Bimbingan Jika Salahnya Berkhidmat Kepada Rakyat

18.07.2015--Jika salahnya saya berkhidmat kepada rakyat, saya berharap Menteri Muda Datuk Lee Him Shin boleh murah hatinya memberi bimbingan kepada saya. Ajarlah saya cara untuk melakukannya dan saya pasti akan merendahkan diri belajar daripada YB Datuk Lee sebagai contoh teladan.”

Pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong melahirkan rasa kecewa atas tuduhan bahawa Majulah Miri dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) ‘mencuri perhatian’ dalam menangani isu-isu kehidupan rakyat.

Juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau, Hii memberi maklum balas terhadap kritikan terdahulu oleh Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Senadin Datuk Lee Kim Shin apabila ditanya oleh media semasa membuat kunjungan Hari Raya bersama dengan ahli-ahli UPP.

Beliau berkata, seseorang itu harus berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira lokasi dan semua parti di bawah bendera Barisan Nasional (BN) harus saling membantu dan mengambil berat di antara satu sama lain dan bukannya membuat kritikan dan tuduhan palsu terhadap pihak lain.

“Jika saya, Hii King Chiong, telah melakukan apa-apa yang salah, bukan sahaja wakil rakyat atau menteri tetapi orang ramai juga boleh tampil mempertanyakan saya.”

Hii menegaskan bahawa matlamat dan tujuan Majulah Miri adalah mudah dan jelas, iaitu untuk meringankan dan menyelesaikan masalah rakyat. Pusat khidmat mengalu-alukan sebarang cadangan atau idea selagi ianya konstruktif.

Beliau menekankan bahawa Majulah Miri dan UPP tidak pernah menyebarkan khabar angin dan mereka hanya mengambil tindakan yang sewajarnya dalam membantu mereka yang memerlukannya tetapi  malangnya dituduh ‘mencuri perhatian’.

Hii berkata ia sememangnya fakta yang tidak boleh dinafikan bahawa tepi jalan berhampiran Curtin University Sarawak penuh dengan sampah sarap bertaburan yang menghasilkan bau teruk, di mana orang ramai meminta bantuan daripada Majulah Miri. Beliau berharap YB Datuk Lee tidak terlalu sensitif mengenai isu tersebut.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2109","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"480","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]