Hii King Chiong : Falsafah Perkhidmatan Kami Ialah “Di Mana Ada Keperluan, Kami Akan Berada Di Sana”

02.05.2016--Sejak saya mengasaskan Majulah Miri lima tahun yang lalu, saya telah mewujudkan satu pasukan bersama dengan sekumpulan professional untuk berkhidmat kepada golongan yang memerlukan bantuan.”

Berucap di majlis ramah mesra bersama rakyat, calon langsung Barisan Nasional (BN) N74 Pujut Dato Hii King Chiong berkata falsafah perkhidmatan mereka sangatlah ringkas - di mana ada keperluan, kami akan berada di sana untuk membantu.

Tambahnya, beliau dan pasukannya akan memberi tumpuan kepada pembangunan dan kemajuan konstituensi Pujut, meneliti isu-isu kehidupan rakyat, menaik taraf infrastruktur asas, mengukuhkan kawalan keselamatan dan “Katakan Tak Nak Kepada Jenayah”.

Hii memberi penekanan terhadap usaha memelihara keamanan dan keharmonian Sarawak yang berbilang kaum, budaya dan agama bagi memastikan suasana kehidupan yang baik untuk rakyat. Ini juga sebab mengapa Hii berjalan serata Miri untuk meninjau konstituensi Pujut, Senadin dan Piasau dan membantu rakyat tanpa mengira kaum, etnik dan agama. “Saya berasa sedih melihat golongan yang menghadapi kesusahan dan akan melakukan yang terbaik untuk membantu rakyat yang memerlukannya.”

Hii berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem kerana memilih beliau sebagai calon langsung BN N74 Pujut. Beliau berjanji untuk memenangi semula kerusi itu dan terus berkhidmat kepada rakyat.