Hii King Chiong Dijemput Ke “Seminar Keusahawanan Belia 2015” anjuran UPP

05.09.2015--Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau Dato Hii King Chiong telah dijemput menghadiri “Seminar Keusahawanan Belia 2015” anjuran Pemuda Pusat Parti Rakyat Bersatu (UPP) di Hotel ParkCity Everly, Miri.

Objektif utama seminar ini adalah untuk membantu orang ramai terutamanya generasi muda meningkatkan pemahaman mengenai asas keusahawanan dan dengan ini diharapkan agar kesilapan dan kos dapat dikurangkan.

Seminar ini merupakan sebahagian daripada aktiviti sosial yang dianjurkan oleh Pemuda Pusat UPP yang bertujuan menyemai pengetahuan asas keusahawanan dalam peserta melalui ceramah.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2226","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"319","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]