Hii King Chiong Berterima Kasih Kepada Kerajaan Negeri Atas Pembinaan Bilik Jenazah & Gelanggang Serba Guna

26.07.2015--Pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong berterima kasih kepada Kerajaan Negeri bagi pihak penduduk Kampung Lopeng Tengah atas bantuan membina sebuah bilik jenazah di Surau Darul At-Taqwa yang telah diminta lebih 15 tahun lamanya dan sebuah gelanggang serba guna yang telah diminta lebih 20 tahun lamanya.

Hii berkata demikian kepada media pada hari ini semasa lawatan ke bilik jenazah dan gelanggang serba guna yang baru dibina berikutan jemputan mesra penduduk tempatan.

Penduduk Kampung Lopeng Tengah Azizul memberitahu wartawan bahawa penduduk tempatan telah menyampaikan hasrat mereka kepada Hii semasa pertemuan pada 31 Mac, 2015 yang segera menarik perhatian Kerajaan Negeri dan kerja-kerja pembinaan dimulakan sejurus selepas itu.

Beliau amat berterima kasih kepada Hii atas usahanya merealisasikan pembinaan bilik jenazah dan gelanggang serba guna.

Hii turut menyerahkan RM10,000 kepada penduduk kampung sebagai sumbangan wang untuk menganjurkan pertandingan sepak takraw.

Para penduduk berharap Majulah Miri akan terus membantu dalam memperbaik sistem perparitan di Kampung Lopeng Tengah bagi memudahkan pembuangan air yang sempurna selepas memandikan jenazah di bilik jenazah Surau Darul At-Taqwa.

Hii meminta kaunselor Bruce Chai dan kaunselor Keith Chin agar merujuk isu tersebut kepada majlis bandaraya untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut dengan secepat mungkin.

Di samping itu, Hii menyerahkan RM2,000 kepada Jawatankuasa Wanita Kampung Lopeng Tengah dan RM1,500 kepada Surau Darul At-Taqwa sebagai sumbangan wang untuk membeli peralatan memasak dan kanopi.

Penduduk tempatan juga meminta Hii untuk membantu memohon bekalan gas asli ke Kampung Lopeng Tengah untuk kemudahan penduduk.

Hii berkata beliau akan melakukan yang terbaik untuk menambah baik infrastruktur asas dan suasana hidup rakyat.
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2127","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]