Hii King Chiong Berkongsi Penderitaan Penduduk Krokop Dalam Masalah Sistem Perparitan Dan Berikrar Membantu Rakyat

26.08.2015--Pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong berikrar akan melakukan yang terbaik dalam membantu meningkatkan sistem perparitan di kawasan Krokop.

Hii berkata demikian kepada media selepas lawatan ke projek perparitan di Krokop 3 hari ini bersama dengan kaunselor Bruce Chai, kaunselor Keith Chin dan lain-lain lagi.

Beliau menegaskan bahawa aduan-aduan rakyat yang diterima telah dirujuk kepada majlis bandaraya dan isu-isu berkenaan telah diselesaikan dengan segera.

“Penduduk Krokop tidak usah risau. Saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu menyelesaikan masalah saliran dan banjir. Saya berkongsi penderitaan dan kebimbangan penduduk tempatan mengenai masalah saliran terutamanya pada hari hujan. Oleh itu, saya akan cuba mencari cara penyelesaian untuk membantu meningkatkan kualiti persekitaran hidup di kawasan perumahan ini.”

Majulah Miri menerima aduan daripada para penduduk mengenai sistem saliran yang kurang memuaskan pada awal bulan Mac. Masalah tersebut telah dirujuk kepada majlis bandaraya oleh kaunselor Bruce Chai dan kaunselor Keith Chin. Kerja menaik taraf telah bermula minggu lepas.

Penduduk Krokop 3 Wong Lee-Sen menasihati para penduduk supaya jangan terlalu bimbang kerana beliau percaya Hii pasti akan membantu menambah baik dan menyelesaikan masalah rakyat.

Katanya, tidak akan wujudnya ‘kawasan hitam’ jika pelbagai masalah rakyat telah diberi perhatian yang sewajarnya. Beliau menjelaskan bahawa sistem perparitan yang kurang memuaskan di Krokop 3 mengakibatkan berlakunya banjir semasa hujan lebat.

“Kami tidak dapat tidur lena ketika turun hujan pada waktu malam kerana kami risau air hujan akan membanjiri ke dalam rumah kami apabila kami bangun daripada tidur. Apabila kerja menaik taraf siap kelak, kami bolehlah tidur tanpa kebimbangan sehingga subuh.”

Beliau menambah, air hujan akan meliputi parit di depan rumah dan membawa bahaya kepada para pengguna jalan raya terutamanya pada waktu malam.
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2179","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]