Hii King Chiong Berjanji Untuk Menaik Taraf Infrastruktur Kampung Pujut Corner

23.04.2016--Dato Hii King Chiong, pemimpin Majulah Miri, akan memulakan projek peningkatan di Kampung Pujut Corner dan memperbaik kemudahan untuk menambahbaik taraf hidup penduduk.

Hii, wakil calon dari Barisan Nasional (BN) untuk Konstituensi Pujut, disambut mesra oleh penduduk Kampung Pujut Corner apabila beliau menziarahi kawasan tersebut dengan ahli Majulah Miri yang lain.

Menurut penduduk di kawasan tersebut, mereka tidak pernah diberikan perhatian walaupun penduduk sebanyak 200 orang. Mereka berasa lega hati kerana diziarahi Hii.

Bukan sahaja tandas awam dalam keadaan yang buruk, keadaan jalan raya di kawasan tersebut juga tidak memuaskan. Penduduk berharap agar Majulah Miri dapat menolong untuk memperbaiki dan meningkatkan taraf kemudahan di kampung tersebut.

Penduduk-penduduk juga berharap agar Majulah Miri boleh berjuang untuk mendapatkan hak milik tanah mereka supaya mereka boleh hidup tanpa gelisah.

“Saya akan mulakan projek peningkatan untuk penduduk. Tapi saya perlukan masa untuk masalah teknikal kerana masalah ini telah tergendala untuk masa yang panjang. Saya berharap agar anda bersabar ketika saya berupaya untuk menangani isu-isu ini,” kata Hii.

Penduduk kampung turut menyuarakan harapan mereka untuk memdapatkan bantuan terutamanya untuk memperbaiki jalan raya dan meningkatkan infratruktur.

“Disebabkan jalan raya yang tidak rata dan berlopak, anak-anak kami sentiasa lewat ke sekolah terutamanya semasa musim hujan. Baju sekolah pun kotor dan basah.”

Pada masa ini tiada tempat untuk perhimpunan penduduk. Sehubungan ini amat diharapkan Hii dapat menderma bahan binaan supaya penduduk boleh membina tempat perhimpunan mereka.

Kedatangan Majulagh Miri disambut mesra oleh penduduk dan mereka amat bersyukur atas bantuan Hii. Penduduk turut bersepakat untuk menyokong beliau dalam pilihanraya ini.
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2751","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]