Hii King Chiong Berjanji Menyumbang Kepada Kos Pembedahan Implan Tulang Belakang Asyraf Ikhwan

26.01.2016--Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau dan pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong berjanji membantu seorang kanak-kanak lelaki yang amat memerlukan bantuan kewangan untuk menjalani pembedahan implan tulang belakang.

Murid Darjah 4 SK Sayed Othman Ashraf Ikhwan yang berumur 10 tahun menghidapi skoliosis sejak dua tahun lalu. Keadaannya semakin teruk dan terpaksa bergantung kepada kerusi roda dalam menjalani kehidupan hariannya.

Pemeriksaan perubatan mengesahkan Ashraf mengalami kelengkungan tulang belakang yang serius dan perlu menjalani enam pembedahan implan tulang belakang.

Jabatan Kesihatan menghantar surat pada 30 September tahun lalu dan telah bersetuju memperuntukkan RM12,500 sebagai bantuan perubatan untuk rawatan Ashraf.

Seorang guru sekolah meminta Hii supaya membantu Ashraf selepas Hii meninjau kemajuan pembinaan infrastruktur sekolah pada hari ini. Hii segera berjanji akan memberi bantuan kepada Ashraf selepas memahami situasi sebenar.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2462","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]