Hii King Chiong Berjanji Membina Titi Kayu Di Kampung Pasir

18.02.2016--Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau dan pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong berjanji membina titi kayu pejalan kaki di Simpang 4 Kampung Pasir Lutong selepas lawatan pemeriksaan beliau hari ini.

Penduduk tempatan Ting Hock Bong memberitahu media bahawa mereka telah meminta bantuan daripada wakil rakyat dan lain-lain lagi tetapi tidak terjawab.

Beliau berkata titi kayu hubung sedia ada telah digunakan selama lebih daripada 30 tahun tetapi hanya dibaiki sekali.

Beliau menjelaskan bahawa mereka telah meminta bantuan daripada Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Piasau Dato’ Sebastian Ting Chiew Yew tetapi sebaliknya Dato’ Sebastian Ting telah memberikan nombor telefon Dato Hii King Chiong dan memberitahu mereka supaya mendapatkan bantuan daripada Dato Hii.

Kata beliau, mereka tidak mempunyai pilihan tetapi mencari Hii untuk membantu lebih daripada 20 keluarga di Simpang 4 Kampung Pasir.

Bendera-bendera UPP jelas kelihatan di Simpang 4 Kampung Pasir dan para penduduk juga menyertai UPP Miri secara rasminya pada hari ini.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2514","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"319","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]