Hii King Chiong Berjanji Membantu Menyelesaikan Masalah Pasar Ikan Batu Satu

21.03.2016--Pengasas Majulah Miri dan pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau Dato Hii King Chiong berjanji akan menggantikan bumbung pasar ikan di Kampung Batu Satu, Kuala Baram selepas lawatan pemeriksaannya. Beliau juga berjanji akan membantu menyelesaikan masalah parit tersumbat di pasar tersebut.

Seorang nelayan dari Kampung Batu Satu, Abdul Mutalib, berkata bahawa mereka telah meminta bantuan daripada wakil-wakil rakyat tetapi tidak berhasil.

Seorang penjual ikan turut mengadu mengenai longkang tersumbat di pasar ikan yang mengeluarkan bau busuk.

Hii berkata beliau datang untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat, bukan untuk pilihan raya negeri. Pada masa yang sama, beliau juga berjanji akan melakukan yang terbaik dalam memberi bantuan untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Majulah Miri sentiasa bersedia dan ikhlas untuk membantu mereka yang memerlukannya dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat tanpa mengira lokasi, kaum, agama dan etnik dan tanpa motif politik.

Pasukan khidmat Majulah Miri ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan untuk tujuan menjaga kebajikan rakyat dan menyelesaikan masalah kehidupan mereka dalam kes-kes yang diabaikan oleh wakil rakyat.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2607","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"319","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]