Hii King Chiong Berjanji Melakukan Yang Terbaik Untuk Meningkatkan Taraf Hidup Di Kampung Pujut Corner

23.04.2016--Saya akan melakukan segala yang boleh untuk meningkatkan taraf hidup di Kampung Pujut Corner supaya penduduk boleh hidup dengan aman dan selesa di bawah jagaan kerajaan,” kata Dato Hii King Chiong.

Bersama dengan Kaunselor, Keith Chin dan Bruce Chai, dan ahli Majulah Miri, wakil calon dari Barisan Nasional (BN) untuk Konstituensi Pujut, Hii menziarahi Kampung Pujut Corner untuk memahami keadaan penduduk di sana.

Hii menekan bahawa Majulah Miri berkhidmat tanpa sempadan. Matlamat mereka adalah untuk membantu semua yang memerlukan asalkan penduduk meminta bantuan dan mereka tidak akan menolak sesiapa pun.

“Keadaan sulit yang penduduk hadapi bertahun-tahun ini amat menyakitkan hati saya. Saya amat berharap agar saya berpeluang untuk menyediakan tempat tinggal yang lebih sempurna dan selesa untuk semua. Sila berilah saya satu peluang untuk berkhidmat untuk anda semua, sila sokonglah Pasukan Adenan.”

Hii bertambah, bertahun-tahun Majulah Miri telah membantu khalayak ramai untuk menyelesaikan masalah mereka tanpa mengharapkan sebarang balasan. Kini mereka memerlukan sokongan penuh daripada rakyat dalam pilihan raya ini supaya mereka dapat terus memberi sumbangan kepada masyarakat dan berjuang demi hak rakyat.

Selain itu, Chai turut berkata bahawa Hii membantu orang tanpa mengambil kira agama dan bangsa mereka. Beliau membantu sesiapa sahaja yang memerlukan, asalkan dalam lingkungan keupayaan beliau. Beliau merupakan contoh pemimpin yang patut disanjung dan dihormati.

Chai menyeru agar penduduk boleh menyokong Hii dengan sepenuh hati supaya beliau dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam membantu penduduk sebagai wakil mereka.

Menurut Chin, Majulah Miri ditubuhkan berasaskan matlamat untuk memelihara kebajikan rakyat. Selagi dalam lingkungan keupayaan, mereka akan membuat segala yang boleh untuk membantu rakyat kerana kepentingan rakyat didahulukan.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2753","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]