Hii King Chiong Berjanji Kepada Badan Kebajikan Islam Miri Akan Menurap Jalan Dengan Tar

09.03.2016--Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau dan pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong hari ini membuat pemeriksaan ke atas projek pembinaan jalan di kawasan premis Badan Kebajikan Islam Miri (Amal) di Piasau dan juga berjanji akan menurap jalan dengan tar berikutan permintaan jawatankuasa Amal.

Hii berkata permintaan jawatankuasa adalah munasabah kerana jalan berturap tar akan menambah baik infrastruktur di situ dan memanfaatkan lebih banyak orang. Projek berkenaan dijangka siap dalam tempoh seminggu.

Sementara itu, kaunselor James Hii berjanji menyumbang jubin yang akan dipasang pada jalan masuk ke premis.

Premis Wisma Amal terletak di Piasau Jaya berdekatan SMK Dato Permaisuri, bersebelahan Perpustakaan Cawangan Piasau Miri dan berhadapan Sekolah Rendah Sri Mawar. Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas terutamanya apabila majlis pengebumian dijalankan pada waktu para pelajar balik dari sekolah, jawatankuasa Amal memutuskan untuk menggunakan jalan di belakang premis.

Jalan menjadi berlumpur dan licin pada hari hujan di mana ia boleh menyebabkan kenderaan tersangkut. Oleh yang demikian, jawatankuasa Amal telah meminta bantuan daripada Hii.

Hii sebelum ini berjanji membantu Amal dalam meletakkan batu kerikil pada jalan semasa lawatannya pada 19 Februari. Berikutan permintaan jawatankuasa semasa lawatan pemeriksaannya pada hari ini, beliau berjanji akan menurap jalan tersebut dengan tar.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2598","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"318","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]