Hii King Chiong Berikrar Membuat Lebih Baik Lagi & Merayu Untuk Sokongan Penuh

22.04.2016--Ketua Majulah Miri Dato Hii King Chiong berkata sebagai sebahagian daripada Pasukan Adenan, beliau berharap rakyat akan memberi sokongan penuh kepadanya dan berikrar akan membuat lebih baik lagi untuk masa depan Sarawak dan generasi seterusnya.

Juga calon langsung Barisan Nasional (BN) Pujut Dato Hii King Chiong, Hii semalam menghadiri perhimpunan gereja dengan ahli-ahli gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Cawangan Pujut. Beliau berkata orang ramai harus bersyukur tinggal di sebuah negara berbilang kaum dengan kebebasan beragama dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Katanya, beliau dibesarkan dalam keluarga Kristian dan mendiang ibu bapa adalah penganut Kristian setia yang telah mengajar beliau untuk membantu golongan yang memerlukannya dan memberi sumbangan kepada kerja amal.

“Selama ini, saya sangat komited dalam membantu rakyat tanpa mengira kawasan, kaum, etnik dan agama. Matlamat saya satu sahaja, iaitu memberi sumbangan kepada masyarakat.”

Katanya lagi, beliau mengalu-alukan sebarang permintaan bantuan daripada gereja dan akan melakukan yang terbaik untuk membantu.

Beliau berkata komen baik kepada Majulah Miri adalah hasil usaha pasukannya yang terdiri daripada anak-anak muda yang bertenaga dan berkeupayaan. Beliau berharap semua orang akan menyokong beliau sebagai dorongan kepada beliau untuk terus bergerak ke depan.

Sementara itu, wakil SIB Cawangan Pujut menyeru ahli-ahlinya supaya menyokong sepenuhnya calon BN Hii supaya beliau dapat terus berkhidmat kepada rakyat dan membuat lebih banyak sumbangan.

Hii sentiasa membantu para penduduk kampung meningkatkan infrastruktur asas terutamanya sistem perparitan dan pembinaan jalan. Beliau juga telah memberi bantuan dalam pembinaan jambatan, sekolah, tokong, gereja dan surau.

Hii berharap wakil rakyat yang terpilih akan mendahulukan rakyat dan berusaha meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2722","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]