Hii King Chiong Berharap Menteri Bekerjasama Dengan Majulah Miri Untuk Menaik Taraf Miri

26.06.2015--Pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong berharap menteri bekerjasama dengan Majulah Miri untuk mencipta masa depan yang lebih baik untuk Miri kerana ini sememangnya dasar Barisan Nasional (BN).

Hii mengucapkan terima kasih bagi pihak penduduk tempatan kepada Menteri Muda Komunikasi Datuk Lee Kim Shin atas pelancaran pembinaan jambatan konkrit (Jambatan Perpaduan Tudan).

Beliau juga berharap ahli-ahli keluarga BN boleh bekerjasama dan mengetepikan perbezaan kerana Majulah Miri mempunyai keterbatasannya dan memerlukan sokongan daripada menteri untuk membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Di samping itu, beliau berkata Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem baru-baru ini juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta kepada Miri bagi pembangunan kemudahan infrastruktur bandaraya. Geran ini pasti dapat meningkatkan taraf hidup rakyat.

Beliau menegaskan bahawa terdapat banyak masalah penduduk Miri yang perlu diberi perhatian dan diselesaikan dan berharap menteri bekerjasama untuk mengatasi pelbagai isu masyarakat.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2055","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]