Hii King Chiong Berharap Dapat Menyelesaikan Masalah Banjir Di Tanah Perkuburan Cina Krokop

15.04.2016--Calon langsung Barisan Nasional (BN) Pujut Dato Hii King Chiong ingin mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Perkuburan Lembaga Amanah Kebajikan Cina Miri untuk menyelesaikan masalah banjir di Tanah Perkuburan Cina Krokop.

Hii berkata beliau menerima aduan daripada orang ramai mengenai masalah banjir di Tanah Perkuburan Cina Krokop semasa hari hujan. Mereka berharap Hii akan membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Hii menyatakan kesediaannya untuk memberi bantuan dan ingin membincangkan isu tersebut dengan Jawatankuasa Perkuburan Lembaga Amanah Kebajikan Cina Miri bagi mencari jalan penyelesaian masalah tersebut secepat mungkin.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2650","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]