Hii King Chiong Akan Membantu Meminta Dana Untuk Menaik Taraf Sistem Perparitan Di SMK Lutong

14.09.2015--Berkaitan kerja menaik taraf sistem perparitan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lutong, jurutera bahagian (Miri dan Bintulu) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Law Wee berkata JPS akan menganggarkan kos projek tersebut dan pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong akan meminta dana pembinaan.

Law menjelaskan bahawa pengumpulan lumpur di dalam parit dan penenggelaman perparitan bawah tanah yang serius telah menghalang pengaliran air ke laut.

Beliau menambah, pembersihan lumpur perlu dilakukan dari muara ke parit-parit di sekitar sekolah untuk pengaliran air yang lancar. Di samping itu, perparitan bawah tanah juga perlu dinaik taraf.
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2248","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]