Hii King Chiong Akan Membantu Meminta Bekalan Elektrik dan Air Untuk Gelanggang Futsal Di Luak Bay

22.09.2015--Pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong berjanji akan membantu para penduduk Luak Bay yang sangat meminati futsal tetapi tidak dapat terus bermain apabila hari menjadi gelap.

Berikutan permintaan penduduk, Hii, bersama dengan kaunselor Bruce Chai dan ahli-ahli pasukan yang lain, hari ini telah membuat lawatan ke kawasan tersebut untuk lebih memahami situasi di situ. Beliau berkata bahawa gelanggang futsal 1Malaysia membolehkan belia setempat datang bersama-sama untuk bermain futsal dan seterusnya menggalakkan hubungan antara mereka.

Beliau berasa tidak puas hati dengan gelanggang yang tidak mempunyai bekalan elektrik dan air, sungguhpun terdapatnya kemudahan lampu dan tandas selama ini.

Beliau menambah, gelanggang sukan menggalakkan golongan belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti sihat dan menjauhkan diri daripada tabiat buruk untuk masa depan mereka yang lebih baik.

Hii berkata bahawa Majulah Miri sentiasa bersedia membantu dengan sedaya upaya golongan yang memerlukannya.

Beliau menjelaskan bahawa pasukan khidmat Majulah Miri ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan untuk tujuan menjaga kebajikan rakyat dan menyelesaikan masalah kehidupan mereka dalam kes-kes di mana mereka diabaikan oleh wakil rakyat.

Beliau menekankan bahawa pusat khidmat telah ditubuhkan untuk berfungsi sebagai saluran komunikasi di antara rakyat dan kerajaan. Sejak penubuhan, pusat khidmat telah menerima kes-kes masalah rakyat yang tidak terhitung jumlahnya. Demi meningkatkan taraf hidup rakyat, pusat khidmat tidak pernah mengabaikan permintaan rakyat. Pasukan khidmat sentiasa rajin berusaha memberi khidmat kepada rakyat dengan harapan agar rakyat dapat menikmati suasana kehidupan dan infrastruktur yang lebih baik.

Hii menegaskan bahawa Majulah Miri sentiasa bersedia dan ikhlas untuk membantu mereka yang memerlukannya dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan etnik. Beliau juga mengharapkan kerjasama kerajaan dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Penduduk tempatan Sulaiti juga berkata bahawa mereka telah merujuk isu bekalan elektrik dan air di gelanggang futsal tersebut kepada wakil rakyat beberapa tahun yang lalu tetapi tidak menerima sebarang maklum balas.

Beliau berterima kasih kepada Hii kerana meluangkan masa untuk meneliti dan memahami kehendak mereka. Beliau sedar bahawa Hii akan sentiasa bersedia melakukan yang terbaik untuk membantu orang ramai tanpa mengira kaum sama ada Melayu, Cina atau yang lain dan juga tanpa mengira lokasi, sama ada Lutong, Tudan, Tukau dan lain-lain lagi.

Sulaiti menekankan pentingnya mempunyai bekalan elektrik dan air kerana gelanggang futsal 1Malaysia adalah terbuka kepada semua penduduk Luak Bay. Ia amat mengecewakan para pemain kerana tidak boleh terus bermain futsal apabila hari berubah menjadi gelap pada kira-kira pukul 6 petang.

“Kami berharap Dato Hii King Chiong akan membantu memenuhi kehendak kami untuk menikmati kemudahan asas yang lebih baik.”

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2301","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"319","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]