Hii King Chiong Akan Bertanding Di Kerusi Pujut, Isu-Isu Pujut Diberi Fokus Sepenuhnya

18.04.2016--Berikutan pelancaran rasmi Pusat Operasi Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Pujut, lebih daripada 300 ahli pasukan Majulah Miri secara sukarela telah menyertai kerja-kerja persediaan untuk membantu sepenuhnya calon langsung BN Pujut Dato Hii King Chiong.

Pengarah operasi Ling Kie King memberitahu media bahawa biarpun sebelum pelancaran rasmi Pusat Operasi Pilihan Raya BN Pujut, ramai orang telah mengetahui tentang penubuhan pusat operasi tersebut dan datang untuk mendapatkan bantuan dalam pelbagai masalah.

Beliau berkata selain daripada mendapatkan bantuan, ramai orang juga datang untuk bertanya tentang konstituensi dan tempat mengundi mereka.

Ling menjelaskan bahawa Dato Hii King Chiong telah berkhidmat kepada rakyat di Miri selama ini dan berikutan pengumuman Hii sebagai calon langsung BN Pujut, jumlah orang yang datang untuk mendapatkan bantuan dan kerja-kerja perkhidmatan telah meningkat secara ketara.

Beliau berkata tujuh pasukan lawatan rumah telah memulakan lawatan rumah sejak semalam. Selain daripada mengumpul maklumat mengenai masalah-masalah rakyat, mereka juga membantu para pengundi memeriksa konstituensi dan tempat mengundi mereka.

Ling menambah, Hii telah memberi perkhidmatan di seluruh Miri tetapi sejak Ketua Menteri menamakan beliau untuk bertanding di konstituensi Pujut, Hii kini akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada kepentingan rakyat dan pembangunan di kawasan itu supaya dapat berkhidmat kepada rakyat dengan lebih berkesan lagi.

Hii tidak pernah mendiskriminasi dalam menghulurkan bantuan kepada semua orang yang meminta bantuan daripadanya, sentiasa melakukan yang terbaik dan berjanji untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2694","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"319","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]