Hii King Chiong : Ahli-Ahli Parti Harus Suarakan Keperluan Bantuan, Saya Akan Lakukan Yang Terbaik Untuk Membantu

18.02.2016--Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau Dato Hii King Chiong menggesa ahli-ahli parti agar menyuarakan masalah yang dihadapi serta bantuan yang diperlukan dan beliau akan melakukan yang terbaik dalam memberi bantuan selagi ia dalam keupayaannya.

Penyelaras Wilayah Utara dan Pengerusi Piasau Parti Rakyat Bersatu (UPP) Dato Hii King Chiong berkata demikian dalam ucapannya hari ini di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina UPP Wilayah Utara.

Beliau berkata, jika ahli-ahli parti menghadapi sebarang masalah atau memerlukan pertolongan, mereka boleh pergi ke pejabat UPP untuk mendapatkan bantuan dan beliau akan melakukan yang terbaik untuk membantu mereka.

Hii menyampaikan angpau dan limau mandarin kepada ahli-ahli parti di majlis tersebut dan beramah mesra dengan mereka sambil menikmati suasana sambutan.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2512","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"319","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]