Haji Han Berterima kasih Kepada Hii King Chiong Atas Bantuan Menaik Taraf Bangunan Persatuan Bekas Polis

26.01.2016--Pengerusi Persatuan Bekas Polis Miri Haji Han berterima kasih kepada Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau dan pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong atas sokongan dan bantuan beliau dalam menaik taraf bangunan persatuan.

Haji Han berkata melalui bantuan Dato Hii, premis persatuan telah dinaik taraf serta dilengkapi dengan tiga bilik dan kini persatuan dapat menyediakan penginapan percuma untuk tetamu asing. Selain itu, beliau turut mencadangkan kumpulan dan persatuan untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti di bangunan persatuan mereka.

Beliau berkata sejak Hari Raya tahun lepas, jawatankuasa persatuan juga menanam pelbagai pokok buah termasuk nanas dan pisang serta banyak jenis sayur di persekitaran bangunan persatuan.

Dato Hii berkata bekas polis ialah wira rakyat yang mesti dihormati dan oleh itu beliau pasti memberi sokongan dan bantuan penuh kepada persatuan tersebut.
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2456","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]