Bantuan Rumah Rakyat Terlaksana Dengan Jayanya...

11.03.13-- “Saya tidak akan melupakan budi dan jasa baik En.Hii King Chiong dan kenang sehingga akhir hayat saya. Saya sangat terhutang budi dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau. Tanpa sumbangan beliau kami sekeluarga tidak akan mampu untuk mendirikan sebuah rumah baru seperti ini. Saya telah beberapa memohon rumah bantuan rakyat termiskin daripada pihak - pihak terbabit tetapi semua permohonan saya ditolak. Saya kemudian memohon bantuan ehsan En.Hii semasa beliau melawat kampung ini bulan November tahun lepas dan beliau bersetuju untuk menyalurkan bantuan. Hari ini saya merasa sangat bersyukur.”

Jelas En.Siri Bin Shebli pada satu majlis ringkas penyerahan kunci rumah baru beliau di Kpg Pulau Melayu pagi ini.

Majlis simbolik ini telah disempurnakan oleh En.Hii King Chiong bagi menandakan projek pembinaan rumah bantuan rakyat tersebut siap sepenuhnya.

Menurut En.Hii pembinaan rumah ini merupakan sebahagian daripada agenda Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong (PKM HKC) dalam membantu masyarakat yang tidak berkemampuan untuk membina rumah yang lebih selesa.

Rumah baru ini mempunyai enam bilik tidur, dua bilik air, dua ruang tamu dan ianya didiami oleh ahli keluarga En.Siri yang seramai 13 orang. Kos pembinaan rumah ini telah dibiayai oleh En.Hii dengan kerjasama Puan Hjh Fitriah Rahbi, seorang usahawan muda yang juga menetap di Kpg Pulau Melayu.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Kr Lawrance Kong, Ketua PBB Cawangan Pujut En. Abu Bakar Hj Amit, Pengerusi PEKIDA Miri, En.Sarbini Japar, ahli - ahli keluarga terdekat serta beberapa penduduk kampung berkenaan.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"881","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"318","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
En.Hii (4 dari kanan), En.Abu (3 dari kanan) dan En.Siri (6 dari kiri) serta sebahagian daripada ahli keluarga beliau pada maljis tersebut.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"882","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Sangat Usang...melihat keadaan rumah yang sangat usang dan pendapatan bulanan En.Siri yang tidak menentu telah membuka hati En.Hii untuk keluarga tersebut.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"883","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Lebih Selesa..pembinaan rumah baru En.Siri ini bermula awal Januari lepas dan dibina secara gotong royong bersama ahli - ahli keluarga beliau.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"884","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Untuk Kenangan...En.Hii bersama ahli - ahli keluarga terdekat En.Siri.