Abdul Rahman Menjanjikan Sokongan Penuh Kepada Hii King Chiong

19.02.2016--Penasihat Badan Kebajikan Islam Miri (Amal) Temenggung Abdul Rahman Fadzil berkata beliau akan memberi sokongan penuh kepada Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau Dato Hii King Chiong sekiranya beliau dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri akan datang.

Abdul Rahman berkata demikian hari ini di majlis ramah mesra di mana Hii turut dijemput.

Beliau menjelaskan bahawa premis Wisma Amal memerlukan infrastruktur dan kemudahan yang lebih baik untuk  manfaat ahli-ahli dan berharap Hii boleh menghulurkan bantuan.

Beliau berterima kasih kepada Hii atas kesediaannya membantu menyelesaikan masalah mereka tanpa mengharapkan sebarang balasan. Beliau berharap Hii akan terus memberi bantuan kepada orang yang memerlukannya dan menjanjikan sokongan penuh kepada Hii dalam pilihan raya negeri.

Premis Wisma Amal terletak di Piasau Jaya berdekatan SMK Dato Permaisuri, bersebelahan Perpustakaan Cawangan Piasau Miri dan berhadapan Sekolah Rendah Sri Mawar.

Abdul Rahman sebelum ini telah menyampaikan surat kepada kaunselor James Hii Sing Lung dengan harapan Majlis Bandaraya Miri akan membantu menyelesaikan masalah-masalah mereka yang termasuk permintaan memangkas pokok, meletakkan penutup besi atas longkang, memasang lampu jalan dan menaik taraf infrastruktur.

Kaunselor James Hii berkata beliau akan menyampaikan surat tersebut kepada majlis bandaraya dan memberi perhatian kepada perkara itu.
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2538","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"200","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]