90% Siap - Terima Kasih MBM

22.12.12. - Pada bulan November lepas Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG) Sk Lutong telah membuat permintaan daripada Majlis Bandaraya Miri (MBM) untuk menaiktaraf jalan berhampiran sekolah tersebut.

Mereka memohon MBM untuk menurap dan membesarkan jalan tersebut yang sering mendatangkan bahaya kepada murid - murid sekolah dan juga pegguna - pengguna lain.

Sehubungan itu, pada 29hb Nov yang lalu En.Hii King Chiong mengiringi Jurutera Kanan MBM En. CHai Kor Het dan beberapa pegawai MBM telah melawat untuk melihat keadaan jalan tersebut.

Satu upacara ringkas penyerahan surat permohonan telah diadakan oleh wakil PIBG Sk Lutong kepada pihak MBM dan disaksikan oleh En. Hii.

Kerja - kerja membesarkan dan menurap jalan tersebut telah diadakan sertamerta oleh kontractor bertauliah MBM dan sehingga kini 90% kerja - kerja menaiktaraf telah siap.

Pagi ini En. Hii yang juga pengasas Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong (PKM HKC) telah melawat semula jalan tersebut. Beliau yang diringi Kr Lawrance Kong, Kr Keith Chin, kontractor and beberapa kakitangan PKM HKC berpuas hati dengan kerja - kerja menaiktaraf jalan tersebut.

En.Hii ketika ditemui memuji MBM kerana telah berjaya menyiapkan jalan tersebut dalam tempoh yang singkat.

"Saya mengucapkan setinggi perhargaan kepada MBM yang telah bekerja dengan sungguh berkesan. Kerja menaiktaraf jalan ini siap sebelum musim persekolahan dibuka semula awal tahun hadapan", kata beliau ketika ditemuramah wartawan yang sama - sama mengiringi lawatan beliau.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"189","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"358","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
En.Hii bersama - sama ahli rombonganya ketika meninjau kerja - kerja menaiktaraf jalan menuju ke sekolah SK Lutong.