300 Sukarelawan Membantu Hii King Chiong Untuk Pilihan Raya Negeri

18.04.2016--Bekalan telah pun tiba, bersedia untuk pertempuran! Pusat Operasi Pilihan Raya (Barisan Nasional) BN Pujut bagi calon langsung BN Pujut Dato Hii King Chiong telah mula beroperasi sepenuhnya.

Lebih daripada 300 ahli pasukan Majulah Miri telah menyertai kerja-kerja persediaan di pusat operasi itu dan berharap dapat menyempurnakan semua kerja persediaan secepat mungkin.

Menurut pengarah operasi Ling Kie King, kebanyakan barangan kempen pilihan raya masih dalam proses pembuatan. Beliau menambah, kakitangan operasi memakai baju Majulah Miri dan kemeja-T yang dicetak dengan logo BN hanya akan dilancarkan secara rasmi selepas hari penamaan calon.

Pasukan lawatan rumah telah memberikan paket kertas tisu dengan dua jenis cetakan berbeza sebagai hadiah percuma kepada rakyat semasa lawatan rumah. Paket kertas tisu dicetak dengan imej Dato Hii King Chiong dan juga falsafah perkhidmatannya.

Dibina dengan enam kontena, pusat operasi tersebut dipenuhi dengan papan iklan dan poster kempen.

Hii dengan penuh bertimbang rasa menubuhkan dua dapur di belakang pusat operasi tersebut untuk tujuan penyediaan makanan bagi kakitangan operasi Cina dan Bumiputera.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2691","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]